Tuesday, January 16, 2018

GULAI IKAN SEMBILANG

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

GULAI IKAN SEMBILANG 
BAHAN BAHAN
1 kg tulang ikan talang kering.
1 biji kelapa (di ambil santan - 2x perahan)
1 biji Buah Nenas - di hiris nipis sedang.
1 biji Terung Panjang - di potong 1 inchi.
1 ketul ubi keledek sedang - di potong 1 inchi.
1 bungkus serbuk rempah kari Babas
8 ulas bawang kecil - di hiris.
6 ulas bawang putih - di hiris.
4 tangkai daun kari.
2 camca kecil halba campur.
6 sudu besar minyak masak.
Serbuk perasa secukup rasa (jika mahu).

PROSES PENYEDIAAN
Masakkan santan & rempah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau sesekali untuk mengelakkan pecah minyak.  Masukkan nenas. Masak hingga mendidih.

Masukkan tulang ikan talang kering dan ubi keledek. Apabila mendidih, masukkan terung. Biarkan masakkan mendidih selama 10-12 minit.

Di periuk kecil berasingan, panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang kecil, bawang putih, dauh kari dan halba campur. Goreng sehingga kekuningan & garing. Setelah garing, masukkan kesemua tumisan termasuk minyak keatas gulai yang mendidih tadi.


Biarkan setengah minit & padamkan api. Guali sedia untuk di hidang.

No comments:

Post a Comment