Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting
pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
ASAM PEDAS MELAKA
BAHAN BAHAN
5 keping ikan
tenggiri atau ikan parang atau 1 ekor ikan terubuk (dibersihkan)
BAHAN INI DIKISAR
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
25 tangkai cili
kering
1 inci halia
1 sd besar jintan
manis
½ sd teh lada hitam
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
BAHAN TUMIS
1 labu bawang besar
dihiris halus
½ sd teh biji sawi
½ sd teh halba
5 tangkai daun kari
(leraikan)
2/3 cawan minyak
masak
3 sd besar asam
jawa campurkan dengan ¾ cawan air
1.5 liter air
2 biji tomato -
potong 4
1 batang terung -
potong
10 biji bendi
2 tangkai bunga
kantan - dipecahkan
1 sd besar garam
½ sd teh serbuk
perasa
PROSES PENYEDIAAN
Panasakan
belanga dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan
bahan tumis yg lain, biarkan naik bau.
Masukkan
bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawan dan
kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan dan sebatikan bersama bunga
kantan.
Masukkan
air, serbuk perasa, bendi dan bahan lain kecuali tomato. Tutup dan biar renih
pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan 5 minit baru
diangkat.
No comments:
Post a Comment