Tuesday, January 16, 2018

GULAI SIAM IKAN NYOK NYOK

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

GULAI SIAM IKAN NYOK NYOK


BAHAN BAHAN
600 gm nyok Nyok  (dibersihkan & dipotong)
1 sudu besar asam jawa
½ sudu besar garam
3 cawan santan daripada sebiji kelapa
10 biji cili padi
20 biji terung pipit
5 - 6 helai daun kemangi
3 - 4 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa        

BAHAN GILING
10 - 15 tangkai cili kering
3 cm lengkuas
3 cm halia
2 batang serai
4 ulas bawang merah

PROSES PENYEDIAAN
Siang dan Cuci ikan dengan air bersih. Kacau santan bersama Bahan-bahan giling hingga mendidih.

Masukkan cili padi, terung pipit dan ikan. Kacau sehingga ikan hampir masak. Masukkan daun kemangi, daun limau purut, asam gelugur, garam dan gula. Kacau rata.


Didihkan kuah di atas api perlahan hingga pekat dan pecah minyak.

No comments:

Post a Comment