Wednesday, January 17, 2018

IKAN KERING MASAK ASAM

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN KERING MASAK ASAM

BAHAN BAHAN
1 camca sedang rempah kari ikan
5 tangkai cili kering, digunting-gunting
1 tangkai daun kari
1 camca teh rempah campur untuk menumis
2 biji telur
1 keping isi ikan kurau kering    1 keping asam gelugur
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1 sm halia - dikisar
1 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar


PROSES PENYEDIAAN
Satukan bahan-bahan kisar, asam gelugur, rempah kari dan air di dalam periuk. Rebus hingga mendidih. Masukkan isi ikan kering dan pecahkan telur sebiji demi sebiji.

Biar hingga telur keras baru dikacau perlahan-lahan. Apabila mendidih angkat. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis daun kari, rempah campur dan cili kering hingga wangi.


Kemudian tuangkan bahan tumisan ke dalam kuah rebusan tadi. Kacau hingga rata.

No comments:

Post a Comment