Wednesday, January 17, 2018

IKAN BAWAL MASAK KICAP

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN BAWAL MASAK KICAP


BAHAN BAHAN
1 ekor ikan bawal (dikelar)
3 sudu besar kicap lemak manis
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng
Daun pastri dihiris halus  

BAHAN-BAHAN DITUMBUK :
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
10 biji cili api

PROSES PENYEDIAAN
Ikan bawal disapu dengan garam, kemudian goreng seperti biasa (toskan).

Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali, bila panas masukkan bahan yang ditumbuk tadi, goreng sehingga kuning. Kemudian masukkan garam dan bahan perasa.


Bila sebati masukkan air dan kicap. Bila mendidih sedikit masukkan ikan yang digoreng tadi. Biarkan sebentar, kemudian angkat dan hidang, taburkan dengan daun pastri.

No comments:

Post a Comment