Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN BAWAL MASAK ASAM
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan bawal besar
10 gm campuran halba
20 gm belacan (ditumbuk)
1 biji buah tomato (dicincang)
50 gm air asam jawa
2 keping asam keping
50 gm sos cili
Garam
BAHAN DIMAYANG:
100 gm bawang merah
40 gm bawang putih
40 gm halia
50 gm cili kering
PROSES PENYEDIAAN
Goreng ikan sehingga garing. Panaskan sedikit minyak dan tumis
semua bahan dimayang sehingga naik baunya.
Masukkan halba, sos cili dan air asam jawa dan biarkan sebentar.
Masukkan buah tomato dan jika suka masukkan bawang besar dan cili
merah yang telah dihiris kasar.
No comments:
Post a Comment