Wednesday, January 17, 2018

IKAN KEMBUNG MASAK KICAP

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN KEMBUNG MASAK KICAP


BAHAN BAHAN
ikan kembung dibersihkan
bawang putih dan merah 2 ulas
halia 1 inci
herba campur
cili boh 3 sudu
kicap masin
serbuk perasa
gula
air asam

PROSES PENYEDIAAN
ikan kembung yang dibersihkan digoreng terlebih dahulu dan asingkan.tumiskan bawang putih,bawang merah,halia,herba campur,dan cili boh.masak sehingga garing.

kemudian masukkan kicap masin tadi dan tambahkan air untuk kuah.masukkan gula,air asam dan serbuk perasa secukupnya.


biarkan beberapa minit.masukkan ikan yang telah digoreng tadi.sedia dihidang

No comments:

Post a Comment