IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN KERAPU STIM
BAHAN BAHAN
Seekor ikan kerapu
( sederhana besar )
Bahan A :
1 labu Bawang besar
( dimayang halus )
Bawang putih 3-4
ulas ( diketuk )
Halia 1.5 cm (
dihiris )
Serai 4 batang (
diketuk )
BAHAN B :
2 sudu air asam
jawa
sesudu kicap sotong
@ sos ikan
sesudu sos tiram
serbuk perasa
daun limau purut
cili padi
PROSES PENYEDIAAN
1. bersihkan ikan.
panaskan minyak dan tumiskan semua bahan A.
2. bila agak wangi
masukkan sedikit air dan juga bahan B
3. masukkan serbuk
perasa. akhir sekali masukkan ikan dan daun limau purut serta cili padi..
No comments:
Post a Comment