IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN MASAK MASAM MANIS
BAHAN BAHAN
3 ekor ikan selar /
termanung
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang
putih.
SOS:
2 sudu besar sos
tomato
1 sudu kecil sos
cili
1 sudu kecil cuka
¼ sudu kecil tepung
ubi
Gula, garam &
lada sulah (secukup rasa)
4 sudu besar air
PROSES PENYEDIAAN
Sediakan ikan.
Bersihkan ikan bawal tetapi jangan memotong ekor & siripnya terlalu pendek.
Perasakan dengan garam. Sediakan sayur-sayuran. Kupas bawang merah, bawang
putih, buangkan biji cili merah & basuhkan dengan bahan-bahan untuk dihias.
Cincang bawang merah & bawang putih.
Potong timun, hiris
tomato, mayang cili, daun bawang & petik daun ketumbar untuk hiasan. Sediakan
sos. Campur semua bahan sos dengan 4 sudu besar air di dalam mangkuk. Memasak
ikan masam manis. Panaskan minyak dalam kuali.
Goreng ikan hingga
berwarna kuning di kedua-dua belahnya. Tus & letakkan dalam pinggan bujur.
Tuang minyak daripada kuali. Gorengkan bawang merah & bawang putih dalam
minyak yang lebih itu.
Tuang ke dalamnya
adunan sos & masak hingga pekat. Perasakan secukupnya. Tuang dengan cermat
ke atas ikan goreng. Hiaskan dengan timun & tomato yang telah hiris di
keliling ikan serta bahan-bahan yang dimayang di atas ikan itu.
No comments:
Post a Comment