IKAN
Ikan
ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein
manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris
dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan
tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga
untuk ikan di dalam menu.
IKAN KELI
MASAK BERLADA
BAHAN
BAHAN
1 kg
ikan sembilang
6 biji
cili merah
3 ulas
bawang merah
1 ulas
bawang putih
Gula,
garam secukupnya
PROSES
PENYEDIAAN
Ikan
sembilang dibersihkan setelah itu gaulkan dengan garam serta kunyit secukupnya.
Sesudah itu gorenglah hingga masak.
Cili
merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk hingga lumat. Sesudah itu
panaskan minyak di dalam kuali tumiskan bahan yang telah ditumbuk, bila sudah
naik baunya masukkan ikan sembilang yang telah digoreng tadi. Tambahkan garam
dan gula secukup rasa.
No comments:
Post a Comment