Monday, January 15, 2018

IKAN CENCARU BAKAR MASAM MANIS

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN CENCARU BAKAR MASAM MANIS
BAHAN BAHAN
2 ekor ikan cencaru sederhana besar
2 sudu besar asam jawa (termasuk biji)
2 sudu besar gula
1 sudu besar cili kisar lumat
Sedikit garam dan serbuk perasa        Kertas pemabalut Aluminium
Alat pemanggang ikan

PROSES PENYEDIAAN
Cencaru dibelah belakang dan dibersihkan

Gaulkan semua bahan asam jawa, gula, cili kisar, garam dan sebuk perasa hingga sebati.

Masukkan bahan yang digaul tadi ke dalam ikan sebelah belakang. Balut ikan dengan pembalut aluminium supaya bahan tidak keluar semasa memanggang.

Panggang ikan hingga masak (kira-kira 30 minit)


No comments:

Post a Comment