IKAN
Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang
penting pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN ASAM PEDAS KERING
ATAU AMPAP
BAHAN BAHAN
1 Kg Ikan jenahak atau ikan tenggiri
100 gm bawang merah
30 gm bawang putih
30 gm halia
30 gm kunyit hidup 150 gm cili boh
10 biji asam
akob-akob (boleh juga digantikan dengan asam keping atau asam jawa secukup
rasa)
5 batang serai
Garam dan serbuk
perasa secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Bersihkan
ikan dan potong setebal 2 hingga 3 inci. Bawang merah, bawang putih, halia,
kunyit hidup dan cili boh digiling halus. Masukkan bahan giling, cili boh,
serai, air asam jawa dan bahan perasa ke dalam kuali.
Gaul
hingga sebati. Masukkan ikan dan masak sehingga mendidih. Kecilkan api dan
rendidihkan sehingga pekat.
Sedap
dimakan bersama nasi panas.
No comments:
Post a Comment