Wednesday, January 17, 2018

IKAN GORENG KUNYIT

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

RESEP IKAN GORENG KUNYIT

BAHAN BAHAN
500g Ikan (asalkan ikan laut )
3 sudu serbuk kunyit
1 sudu garam
minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
kelar ikan mengikut ikut rasa .
campurkan kunyit, garam dan sedikit air.
gaurkan dengan ikan dan biarkan 30 minit.
panaskan kuali dan masuk minyak masak.

goreng sehingga masak.

No comments:

Post a Comment