Wednesday, January 17, 2018

IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL BELACAN

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN CENCARU BAKAR SUMBAT SAMBAL BELACAN


BAHAN BAHAN
Ikan cencaru sederhana besar dibelah belakang
belacan
cili merah
kicap manis      
minyak untuk menggoreng
garam
gula
kunyit
limau kasturi

PROSES PENYEDIAAN
Lumur ikan cencaru dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan. Sediakan sambal belacan dengan mencampurkan cili merah, belacan, garam, gula dan perahan limau kasturi. Masukkan sedikit sambal belacan kedalam ikan.

Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Angkat dan letakkan didalam pinggan.

No comments:

Post a Comment