Monday, January 15, 2018

IKAN CENCARU BAKAR ZAITUN

Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN CENCARU BAKAR ZAITUN

BAHAN BAHAN
2 sudu udang kering - cuci bersih
1 inci belacan
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
6 batang cili hidup - jika ingin pedas, tambahkan lagi cili
1 inci halia

goreng semua bahan di atas dengan minyak dan ditumbuk hancur   1 ekor ikan cencaru sederhana besar - cuci bersih dan dibelah perutnya
minyak zaitun
daun pisang

PROSES PENYEDIAAN
campurkan 1 sudu teh minyak zaitun ke dalam bahan tumbuk tadi

masukkan bahan tumbuk ke dalam perut ikan cencaru dan lumur sedikit di kulit ikan.

letakkan ikan tadi di atas daun pisang dan siramkan 1 sudu minyak zaitun ke atas ikan tadi, barulah dibalut/ bungkuskan daun pisang

Bakar atas kuali, dan letakkan sedikit minyak semasa bakar untuk elakkan daun dari cepat terbakar


balik-balikkan sehingga ikan masak.

No comments:

Post a Comment