Wednesday, January 17, 2018

IKAN CENCARU BAKAR SAMBAL

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN CENCARU BAKAR SAMBAL


BAHAN BAHAN
3 ekor ikan cencaru
1 gram ikan bilis
sos cili
sedikit kicap manis
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
1 batang serai   2 sudu minyak masak
serbuk kunyit
daun pisang
1 biji limau kasturi
belacan
sedikit garam, gula dan perasa

PROSES PENYEDIAAN
Mula-mula bersihkan ikan dan dibelah belakang. Lumurkan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian bakar sehingga masak dan diletak tepi.

cara untuk membuat sambal ikan bilis : bawang merah, bawang putih, serai, belacan, cili kering dikisar lumat. panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau. Kemudian masukkan sos cili, kicap manis dan sedikit air. masukkan garam, gula dan perasa.


biarkan mendidih. angkat dan tuankan ke atas ikan cencaru yang telah dibakar tadi dan akhir sekali perah limau kasturi

No comments:

Post a Comment