Ikan ialah makanan
untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting
pada sepanjang sejarah tercatat.
Perkataan
"ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan
yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan
makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol
membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa
Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu
perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai
serta juga untuk ikan di dalam menu.
IKAN CENCARU BAKAR PANDAN
BAHAN BAHAN
3 ekor ikan cencaru
(di belah belah belakang)
BAHAN DI GILING (A):
15 batang lada
kering (Rebus 10 minit)
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
½ inci halia
1 sudu teh garam
BAHAN PERISA SAMBAL(B)
¼ cwan air asam
jawa
1 sudu besar gula
1 inci lengkuas -
tumbuk pecah-pecah
3 batang serai-
tumbuk pecah-pecah
sedikit serbuk
perasa.
½ cawan santan
pekat
Hirisan sebiji
bawang besar
Daun untk bungkus
ikan
10 helai daun
pandan
PROSES PENYEDIAAN
Tumis semua bahan giling(A)hingga pecah minyak kemudian tambah bahan perisa
sambal (B). Tambah Hirisan bawang Besar.
Sumbat bahan diatas dalam ikan dan balut/ bungkus ikan tersebut dengan daun
pandan ( di bahagian perut ikan - untuk elak sambal dari terkeluar)dan bakar.
No comments:
Post a Comment