Tuesday, January 16, 2018

IKAN ASAM REBUS

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

IKAN ASAM REBUS

BAHAN BAHAN
500g ikan kembung

Bahan A:
3 biji bawang merah (dihiris)
10 tangkai cili padi (ditumbuk)
1 cawan air asam jawa
1L air

Bahan B:
4 helai daun kunyit
sedikit garam
bahan perasa(jika mahu)

PROSES PENYEDIAAN
Rebus ikan bersama semua bahan A.Tunggu hingga mendidih,kemudian tambahkan sedikit garam dan bahan perasa.

Akhir sekali masukkan daun kunyit dan tutup periuk.Biar selama 2 minit.Matikan api dan boleh dihidangkan.


No comments:

Post a Comment