Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING GORENG BERLADA

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING GORENG BERLADA

BAHAN BAHAN
1 kg daging
Minyak untuk meggoreng
12 tangkai cili kering, digunting halus
1 cawan santan daripada setengah biji kelapa
Garam secukupnya
Sedikit air asam jawa
15 biji bawang merah, dibuat bawang goreng    

BAHAN-BAHAN DIGILING
5 tangkai cili merah
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit basah
sedikit belacan
1 batang serai

PROSES PENYEDIAAN
Daging direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis.  Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng cili kering hingga garing. Angkat.

Kemudian goreng daging separuh garing. Angkat.  Menggunakan baki minyak, tumis bahan-bahan giling hingga wangi.

Masukkan santan, garam dan air asam jawa. Kacau rata. Biar mendidih.  Apabila naik minyak, masukkan daging. Kacau sebati.


Biar kuah pekat baru masukkan cili kering dan bawang goreng. Kacau rata. Angkat.

No comments:

Post a Comment