DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI DAGING MASAK SERAI
BAHAN BAHAN
500g daging(hiris
halus-halus)
4 ulas b.putih
2 ulas b.merah
2 labu bawang besar
2 inci halia
5 batang serai
6-7 helai cili
kering
2 inci halia
1 sk kerisik
3-4 sb kicap manis
3-4 sb sos tomato
3-4 sb sos cili
Kismis
daun sup,daun
bawang, bawang goreng dan lada besar utk hiasan
PROSES PENYEDIAAN
1. Hiriskan daging
nipis-nipis
2. Kisar lada
kering, lengkuas, halia, b.merah, b.putih, serai dan b.besar.
3.Tumis bahan kisar
hingga naik bau @ garing. Tambah sedikit air dan seterusnya masukkan daging.
Masukkan garam.
4. Apabila daging
separuh masak,masukkan sos cili, kicap manis, sos tomato.
5. Masak sehingga
kuah agak pekat.
6. Apabila sudah
masak, masukkan kismis.
7. Tutup api,
hidangkan.
No comments:
Post a Comment