DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI HATI GORENG LADA
BAHAN BAHAN
600 gm hati lembu
4 sudu besar serbuk
lada putih
3 sudu besar serbuk
rempah
2 sudu besar minyak
1 sudu besar air
asam jawa ½ sudu besar serbuk
jintan putih
1 sudu teh serbuk
kunyit
3 labu bawang besar
1 batang daun bawang
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Potong hati 2.5 cm
x 2.5 cm dan setebal 1 cm. Bersih dan toskan. Gaul hati dengan jintan putih,
lada putih, kunyit dan rempah. Lereng bawang besar.
Potong daun bawang
sepanjang 2.5 cm. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan hati lembu bersama
ramuan.
Masukkan bawang
besar, air asam jawa dan garam. Kacau selalu. Sebelum diangkat tabur dengan
daun bawang.
No comments:
Post a Comment