DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI KAMBING BERIANI
BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing
(dipotong sebesar dadu)
30 gm bawang putih
(dikisar)
60 gm bawang merah
(dikisar)
5 tangkai cili
kering (dikisar)
5 biji buah keras
(dikisar)
1 sudu teh serbuk
kulit kayu manis
1 sudu teh serbuk
kunyit
½ biji kelapa
(diambil santannya) 1 biji tomato
1 sudu teh serbuk
jintan manis
1 sudu teh serbuk
jintan putih
110 gm minyak sapi
7 biji buah kurma
(dibuang biji)
6 helai daun pudina
Garam dan gula
secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak.
Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga ia naik baunya.
Masukkan cili, buah
keras dan gaul sehingga terbit minyak. Masukkan jintan, kayu manis,kunyit serta
gaul sehingga ia masak.
Masukkan buah
kurma, pudina, garam dan gula. Pastikan sos (bahan yang ditumis) tidak terlalu
cair atau pekat ketika menggaul.
No comments:
Post a Comment