DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI DAGING DENGAN
REBUNG
BAHAN BAHAN
600 gm daging
300 gm rebung
(direbus)
2.5 cm halia
4 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili merah 1 sudu besar minyak
1 sudu besar tepung
jagung
1 sudu besar kicap
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Potong daging
sebesar 1.5 cm x 1 cm. Gaul dengan gula, tepung jagung dan kicap. Hiris rebung
nipis-nipis dan panjang 3 cm. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia
hingga hancur. Belah dua cili hidup. Tumis bawang, halia dan lain-lain.
Masukkan daging dan balik-balikkan. Masukkan rebung, garam dan cili merah.
No comments:
Post a Comment