Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI DAGING GORENG MANIS
BAHAN BAHAN
½ kilo daging
(potong nipis)
3 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Minyak untuk
menumis
10 tangkai cili
kering
2 batang serai
Sedikit kicap, sos
cili,garam dan gula
PROSES PENYEDIAAN
1. Goreng daging
hingga empuk. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili kering dan
serai.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan kicap, sos cili, gula dan juga garam.
3. Akhir sekali, masukkan daging yang telah digoreng.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi. Kemudian, masukkan kicap, sos cili, gula dan juga garam.
3. Akhir sekali, masukkan daging yang telah digoreng.
No comments:
Post a Comment