DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI DAGING PEDAS
BAHAN BAHAN
370 gm daging
(dibasuh & dipotong kecil)
100 gm cili kisar
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos
tomato
1.5 cm kulit kayu
manis
4 kuntum bunga
cengkih
4 biji buah pelaga 3 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
(ditumbuk & dikisar)
5 ulas bawang merah
(ditumbuk & dikisar)
1 ½ cawan air
1.5 cm halia
¼ cawan minyak
PROSES PENYEDIAAN
Rebus daging dengan
air, halia yang ditumbuk, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga & kulit
kayu manis. Biarkan hingga lembut & tinggal sedikit airnya.
Panaskan minyak,
tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan cili kisar kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging bersama airnya, tuangkan kicap & sos tomato kacau hingga
kering sedikit kuahnya. Sebelum diangkat masukkan bawang besar yang dipotong
baji. Kacau sebentar hingga layu & hidangkan.
No comments:
Post a Comment