Wednesday, December 27, 2017

RESEPI KERANG GORENG KICAP

KERANG
Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. 

Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.

RESEPI KERANG GORENG KICAP

BAHAN BAHAN
2 kg kerang (dicelur)
2 sudu besar kicap
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh lada sulah         3 ulas bawang putih]
3 biji cili merah ] dihiris
1.2 cm halia ]
Sedikit garam

PROSES PENYEDIAAN

Panaskan minyak tumiskan bahan hiris kemudian masukkan kerang, lada sulah dan garam. Tepung jagung dibancuh dengan kicap dan sedikit air, tuangkan ke dalam kerang tadi. Goreng hingga masak kemudian barulah angkat.

No comments:

Post a Comment