Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di
dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata .Walaupun kelihatan
sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi
struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro =
"pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus
berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri
daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh didapati di dalam air masin dan
air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara
besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan
Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.
BAHAN
BAHAN
300 gm
udang
½ cawan
kicap manis
3 sudu
besar tomato sos
4 labu bawang
besar - dimayang bulat
3 ulas
bawang putih - dimayang
2 senduk
minyak kelapa 1 batang lobak merah
1 ikat
daun kucai
4 keping
tauhu
2 sudu teh
lada sulah serbuk
2 biji
cili merah - dimayang
Gula,
garam dan ajinomoto secukup rasa
PROSES
PENYEDIAAN
Udang dibersihkan. Pijarkan 1 senduk minyak ke dalam
kuali dan gorengkan udang sebentar.
Selepas itu angkat dan ketepikan. Lobak merah dikikis dan diparut kasar-kasar.
Tauhu dipotong kecil dan digoreng
hingga garing. Daun kucai dipotong sepanjang 1.2 sm. Tambahkan 1 senduk lagi
minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih. Setelah garing masukkan udang
yang telah digoreng.
Balik-balikkan sebentar dan
masukkan pula kicap, tomato sos, gula, garam, ajinomoto dan lada sulah.
Goreng-gorengkan hingga rata. Setelah itu masukkan tauhu, bawang besar, lobak
merah, daun kucai dan cili merah. Goreng lagi tetapi jangan terlalu empuk.
Kemudian angkat. Semasa menghidang bubuhkan udang dahulu di dalam pingggan
kemudian curahkan kuah bersama-sama dengan sayurnya sekali di atas udang
tersebut.
No comments:
Post a Comment