DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI DAGING SALAI MASAK
LEMAK
BAHAN BAHAN
500 gm daging
batang pinang
30 gm ubi kentang
10 gm bawang merah
10 gm cili padi
5 gm bawang putih
5 gm halia
5 gm kunyit hidup 5 gm buah keras
2 biji asam
limau(ambil air)
1 biji kelapa(ambil
santan)
2 batang serai
1 helai daun kunyit
2 sudu minyak masak
PROSES PENYEDIAAN
Halia,bawang
putih,serai & bawang merah ditumbuk,perap dgn daging yg telah dibahagikan
kpd 4 bhgn.
Panggang daging separuh masak.Cili padi,buah keras, serai,bawang
merah & bawang putih ditumbuk.Tumiskan bahan2 tadi hingga terbit
baunya.Masukkan perahan air limau serta santan & garam secukup rasa.
Daging panggang
tadi dihiris & masukkan ke dlm kuah berserta ubi kentang. Masukkan daun
kunyit,kacau hingga masak.
No comments:
Post a Comment