Tuesday, December 26, 2017

RESEPI KAMBING MASAK MERAH

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI KAMBING MASAK MERAH

BAHAN BAHAN
1 kg bahu kambing uang bertulang
(dipotong dadu sebesar 2.5 cm.
125 g minyak sapi
1 kuntung bunga lawang
1 camca adas
1 camca kakas
5 cm kayu manis
20 ulas bawang merah (dihiris nipis)
8 ulas bawang putih
2 camca serbuk rempah kari
Sedikit air (digaul menjadi pes)
5 batang lada hijau (digiling)
5 batang lada merah(digiling
2.5 cm kunyit hidup(digiling)
Gram secukup rasa
450 ml pati santan

PROSES PENYEDIAAN
Pijarkan minyak sapi dalam sebuah kuali besi & masukkan kesemua rempah kering tadi. Tumiskan sehingga wangi, Kemudian masukkan bawang merah & bawang putih. Kecilkan api & mask sehingga layu.

Masukkan rempah kari & kacau rata-rata. Apabila naik baunya, masukkan lada hijau yang telah digiling pes & pes kunyit. Masukkan daging & garam secukup rasa.


Goreng sehingga tergaul rata.Masukkan santan & kacau sehingga mendidih. Kecilkan api & biarkan mendidih perlahan-lahan sehingga dagaing itu empuk. Rasa garamnya & turunkan daripada api.

No comments:

Post a Comment