Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI DAGING GORENG HALIA
BAHAN BAHAN
150 gm daging lembu
2.5 sm halia muda
6 ulas bawang putih
ditumbuk hingga
lumat
Sedikit tepung
Sedikit tepung
Garam serta serbuk
perasa secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
1. Daging dipotong nipis-nipis
dibasuh serta toskan airnya.
2. Halia dibersihkan dan dipotong nipis-nipis. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih tadi, setelah itu masukkan daging serta halia dan gorenglah sehingga masak.
2. Halia dibersihkan dan dipotong nipis-nipis. Panaskan sedikit minyak kemudian tumiskan bawang putih tadi, setelah itu masukkan daging serta halia dan gorenglah sehingga masak.
3. Bancuhkan sedikit
tepung jagung dengan air kemudian tuangkan ke dalam gorengan daging, tambah
garam serta serbuk perasa secukupnya.
4. Bila daging telah masak dan empuk bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
4. Bila daging telah masak dan empuk bolehlah diangkat untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment