Wednesday, December 27, 2017

RESEPI KERANG GORENG

KERANG
Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.


RESEPI KERANG GORENG

BAHAN BAHAN
1 kilo kerang 2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
Sebatang serai
Minyak untuk menggoreng


PROSES PENYEDIAAN

Kerang dibersih terlebih dahulu. hiris bawang besar mengikut kesukaan. bawang putih pula diketuk. 

potong cili kering dan rendam dengan air panas sehingga lembut. panaskan minyak. tumis bawang besar,bawang putih dan cili kering tadi sehingga naik bau. 

masukkan kerang dan goreng sehingga betul-betul masak. titik serai dan masukkan sekali sehingga masak.

No comments:

Post a Comment