Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING RENDANG TAUYU

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING RENDANG TAUYU

BAHAN BAHAN
600 gm daging lembu
4 sudu besar tauyu atau kicap pekat
1 cawan minyak
1 cawan air        1 sudu teh serbuk lada hitam
2 labu bawang besar
1 batang daun bawang
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Potong daging sebesar 2.5 cm x 1 cm. Gaul dengan garam. Potong bawang besar secara lereng.


Panaskan minyak dan masukkan daging. Masukkan air sedikit-sedikit. Masak hingga daging empuk. Masukkan bawang besar dan serbuk lada hitam. Masukkan kicap dan kacau rata-rata. Semasa menghidang taburkan daun bawang yang dipotong sepanjang 2 cm.

No comments:

Post a Comment