Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING GORENG KELANTAN

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING GORENG KELANTAN

BAHAN BAHAN
½ kilo daging (dipotong)
10 ulas bawang merah(dimayang)
4 ulas bawang putih(dimayang)
2 inci halia(dihiris nipis)
2 sudu serbuk kunyit
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
sedikit cili besar(dihiris)
sedikit minyak untuk menggoreng
sedikit garam dan gula

PROSES PENYEDIAAN

Rebus daging dan kunyit sampai empuk.Selepas itu masukkan minyak dan bawang serta halia. Goreng sampai garing dan akhir sekali masukkan bawang besar, cili besar dan garam serta gula secukup rasa

No comments:

Post a Comment