Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI DAGING MASAK BERIANI
BAHAN BAHAN
1 kg daging lembu
(potong 2.5 sm persegi)
1 tin tomato puri
1 camca besar lada
sulah
3 biji bawang merah
atau 1 labu bawang besar
5 biji telur rebus
½ cawan buah gajus
2 biji bawang putih
Garam secukup rasa
2 camca besar
rempah beriani
¼ cawan minyak
masak 3 biji tomato
5 biji cili hijau
2 labu bawang besar
5 biji ubi kentang
½ cawan buah badam
1 camca besar madu
5 sm halia
1 tin susu cair
½ cawan kismis
PROSES PENYEDIAAN
1. Bawang putih,
bawang merah, bawang besar, halia, cili hijau dan lada sulah digiling halus.
Perap daging bersama rempah beriani dan bahan kisar selama 1/2 jam.
2. Tumis hingga naik
bau, masukkan tomato puri, madu dan susu cair, masak hingga empuk.
3. Masukkan kismis, badam, tomato, biji gajus, biji badam, kentang dan telur. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan kismis, badam, tomato, biji gajus, biji badam, kentang dan telur. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.
No comments:
Post a Comment