Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DENDENG SEMUT

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DENDENG SEMUT

BAHAN BAHAN
500 gm daging
1 biji kelapa parut
2 biji telur ayam
Sedikit tepung ubi
Sedikit garam
3 helai daun limau purut
Minyak untuk menggoreng        

REMPAH DIGILING:

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 camca teh jintan putih
2 camca teh ketumbar
4 tangkai cili merah
2 camca sedang gula
2 cm lengkuas

PROSES PENYEDIAAN
Daging dipotong sederhana besar.  Gaul daging bersama setengah bahan giling dan perap selama setengah jam.

Sebahagian lagi rempah giling dicampur bersama kelapa parut.  Masukkan telur, tepung ubi, garam, daun limau purut serta daging yang diperap.


Goreng daging di dalam minyak panas hingga masak.

No comments:

Post a Comment