Wednesday, December 27, 2017

RESEPI KERANG GORENG CILI

KERANG
Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.

RESEPI KERANG GORENG CILI

BAHAN BAHAN
1 kg kerang (ambil isinya)
1 sudu teh gula
1 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
Sedikit garam    4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] digiling
20 biji cili kering ]
2.5 sm belacan ]

PROSES PENYEDIAAN

Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya. Masukkan serai, gula, asam gelugur, garam da kerang kacau rata-rata bila telah masak bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment