Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING ASAM PEDAS

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING ASAM PEDAS
BAHAN BAHAN
1kg daging
bahan-bahan ditumbuk:
50gram cili kering
3 batang serai
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1cm belacan
Asam jawa secukup rasa
garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
1. Potong daging seperti untuk masak kicap dan rebus sehingga lembut.

2. Toskan daging dan ambil air rebusan.


3. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan masukkan daging yang telah direbus. 

4. Gaul rata dan tudung selama 5 minit dan masukkan air rebusan, air asam jawa & garam secukup rasa. biarkan 20 minit kecilkan api.

No comments:

Post a Comment