KERANG
Kerang merupakan nama sekumpulan moluska
dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di
pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati,
bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis
haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan
pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang
biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang
didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya
untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan
kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan
pantas.
RESEPI KERANG MASAK SERAI
BAHAN BAHAN
2 kg kerang
(direbus isinya)
½ kg santan pekat
2 sudu makan
kerisik
4 batang serai
(dipoton nipis)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia 7 biji cili padi
7 tangkai cili
kering
1 sudu besar
ketumbar
1 sudu besar jintan
putih
1 sudu besar jintan
manis
2 keping asam
keping
PROSES PENYEDIAAN
Mesin halus bawnag
merah, bawang putih, halia, cili padi, cili kering, ketumbar, jintan putih dan
jintan manis. Panaskan minyak dan tumis bahan dimesin hingga wangi.
Masukkan kerang dan
santan. Apabila mendidih, masukkan serai dan asam keping. Biar pekat baru
angkat.
No comments:
Post a Comment