Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING SAYURAN ORIENTAL

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING SAYURAN ORIENTAL

BAHAN BAHAN
BAHAN 1:
½ kilo daging lembu (hiris/potong tipis)
2 sudu makan kicap lemak manis
1 sudu makan kicap cair(light soy)
1 sudu makan kicap hitam pekat(dark soy)
1 sudu makan sos ikan(thai)
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu teh serbuk lada hitam

BAHAN 2:
1 inci halia (hiris halus)
6 biji bawang putih (kisar)
3 sudu makan minyak (untuk menumis)    Bahan 3 [Dibancuh bersama]:
1 kub/cube stok ayam (knorr/maggi)
1 sudu teh tepung jagung
2 gelas air(panas)

BAHAN SAYURAN:
kailan kecil (baby kailan) - 1 paket atau ikut selera
sedikit brokoli - patah kecil
1 batang lobak merah/carrot - Potong bulat
sedikit bunga kubis
Cendawan shitake (dibuang batang) - ikut selera
1 tin kecil cendawan butang

PROSES PENYEDIAAN
1. Bahan sayuran dicelurkan ke dalam bekas/periuk air panas yang mendidih. Bubuhkan secubit garam sebelum mencelur. Sayuran yang telah dicelur perlu ditoskan ke dalam tapisan.
2. Gaulkan sebati Bahan 1 lalu biarkannya.
3. Panaskan minyak dikuali dan tumiskan Bahan 2 hingga harum.
4. Lalu masukkan Bahan 1 dan gaulkan dengan rata sehingga daging masak.
5. Apabila sudah masak dan kelihatan kering atau garing atau "naik minyak", tuangkan Bahan 3 yang telah dibancuh itu.
6. Kacau kesemuanya dan biarkan sehingga mendidih dan kelihatan pekat sedikit.

7. Tutupkan api.

CADANGAN HIDANGAN:
1. Susunkan bahan sayuran yang telah dicelur kedalam bekas hidangan(mangkuk atau pinggan besar).

2. Lalu tuangkan(semasa panas) dengan rata masakan daging dikuali itu kesemuanya keatas bahan sayuran yang dihidangkan.


3. Selamat menjamu selera!

No comments:

Post a Comment