Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING GORENG KICAP

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING GORENG KICAP

BAHAN BAHAN
Daging ½ kg (di rebus dan di potong nipis)
Bawang besar (di mayang bulat)
lada hidup merah 3 tangkai(di potong menyerong)
Halia 1 inci((diketuk)
bawang putih 1 ulas( di ketuk)
lada api 5 tangkai (di ketuk)       kunyit
garam
ajinomoto
kicap manis cap kipas udang
minyak masak 1 cwn


PROSES PENYEDIAAN
Daging yg tlh siap di rebus dan di potong nipis,kemudian di lumurkan dgn kunyit dan garam.

Panaskan minyak msk dlm kuali dan goreng daging tersebut hingga garing.angkat daging dan tumis pula bwng putih,halia diikuti lada api,bwg bsr dan lada hidup.letak ajinomoto sedikit dan kemudian letakkan kicap manis.selepas itu,blh lah masukkan pula daging yg tlh siap di goreng..


kacau sehingga daging tersebut diserap kicap dgn serata.

No comments:

Post a Comment