KERANG
Kerang merupakan nama sekumpulan moluska
dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di
pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati,
bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis
haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan
pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang
biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang
didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya
untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan
kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan
pantas.
RESEPI KERANG REBUS
BAHAN BAHAN
2 kilo kerang -
dibersihkan
2 batang serai -
dititik
1 keping asam
keping - basuh
sedikit air
garam
Bahan Tumbuk
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
15 biji cili api Bahan Utk Sos Pencicah
1 labu bawang besar
- di dadu kecil
2 sudu kecil cili
api kisar
kicap pekat
kicap manis
sedikit air
PROSES PENYEDIAAN
Kerang
Masukkan semua
bahan kedalam periuk dan rebus hingga kerang masak.
Sos
Campurkan semua
bahan dan kacau sebati. Sedia untuk
dihidang
No comments:
Post a Comment