Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING DENDENG BERCILI

DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING DENDENG BERCILI

BAHAN BAHAN
1 kg daging(lembu yang tidak berlemak)
250 gm cili merah
6 ulas bawang merah(dimayang halus)      
½ cawan gula merah (untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat)
Sedikit kapur

PROSES PENYEDIAAN
Daging lembu dibersih,kemudian digaulkan sedikit garam & direbus hingga empuk dikeluarkan& dihiris nipis-nipis serta lebar.

Kemudian digoreng hingga garing,angkat & ketepikan.Cili merah dibuang bijinya,ditumbuk kasar bersama bawang merah & putih.

Panaskan sedikit minyak dlm kuali,tumiskan bahan ini sehingga naik baunya.Masukkan daging tadi dan digaulkan hingga rata sesuaikan rasanya.Bila telah garing bolehlah diangkat

No comments:

Post a Comment