KERANG
Kerang merupakan nama sekumpulan moluska
dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di
pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati,
bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis
haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan
pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang
biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang
didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya
untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan
kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan
pantas.
RESEPI KERANG MASAK TUMIS
BAHAN BAHAN
2 sudu makan air
asam jawa
2 biji buah tomato
dibelah dua
1 labu bawang besar
dimayang bulat
200 gm isi kerang
½ cawan kacang
tanah digoreng dan ditumbuk separuh halus
½ cawan Kelloggs's
Cornflakes diramas kasar-kasar
½ cawan sultana
½ cawan kacang peas
½ cawan minyak
kacang
Garam secukup rasa 15 biji cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu makan
ketumbar biji
1 sudu teh jintan
manis
1 sudu teh jintan putih
2 cm halia
3 sm kunyit hidup
1 batang serai -
dititik
1 gelas besar pati
santan
Cara:
PROSES PENYEDIAAN
Cili kering, bawang
merah, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan putih, halia, kunyit dan
sedikit garam digiling hingga halus. Pijarkan minyak di dalam kuali dan
tumiskan bahan yang telah digiling tadi hingga naik baunya.
No comments:
Post a Comment