Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING BLACK PEPEER

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING BLACK PEPEER
BAHAN BAHAN
Daging - Direbus dan hiris nipis
½ cawan kicap pekat
¼ cawan sos tiram
3 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu besar gula      3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 labu cili epal (capcicum) - potong memanjang
1 batang salary - potong memanjang
1 labu bawang besar - potong kiub

PROSES PENYEDIAAN
1. Tumis bawang merah, putih, halia hingga kuning dan naik bau. Masukkan kicap pekat dan lada hitam.

2. Masukkan daging, air asam jawa. Biar mendidih.  Masukkan sos tiram, gula, bawang besar, salary, capsicum.  Biarkan mendidih dan pekat.


3. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment