Wednesday, December 27, 2017

RESEPI KERANG MASAK TUMIS KERING

Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.
BAHAN BAHAN
  • 1 kg kerang
  • 2 btg serai (dititik)
  • sedikit minyak  2 ulas bawang merah (dicincang halus)
  • secubit garam dan ajinomoto

PROSES PENYEDIAAN
  • Bawang merah yang telah dicincang ditumis sehingga naik baunya.
  • Masukkan serai dan goreng sekejap.
  • Masukkan kerang, garam dan ajinomoto. Kacau dan tutup kuali.
  • Pastikan airnya kering sebelum diangkat dan dihidang.

No comments:

Post a Comment