Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING MASAK MERAH

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING MASAK MERAH

BAHAN BAHAN
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)        
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm.

Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.


Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.

No comments:

Post a Comment