Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING GORENG SOS TIRAM

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING GORENG SOS TIRAM
BAHAN BAHAN
600 gm daging
3 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada sulah
Sedikit gula
½ cawan minyak sayuran  2 cawan air
3 inci halia dihiris nipis
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

PROSES PENYEDIAAN

1. Panaskan minyak di dalam kuali.Masukkan halia, lada sulah, bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk.  

2. Masukkan air, biarkan sehingga mendidih.  Kemudian, masukkan sos tiram. Masukkan daging dan masak sehingga pekat.

No comments:

Post a Comment