Tuesday, December 26, 2017

RESEPI DAGING GORENG JINTAN

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.

RESEPI DAGING GORENG JINTAN

BAHAN BAHAN
Bahan A
300g daging dipotong nipis
1 sudu jintan manis ditumbuk
½ sudu lada hitam ditumbuk
sedikit kunyit serbuk
Air untuk merebus daging
BAHAN B
3 tangkai cili kecil (hijau) dipotong
1 tangkai cili besar (merah) dipotong
1 biji bawang besar dipotong bulat
1 tangkai daup sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu minyak untuk menumis
sedikit cuka
sedikit kicap
garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Daging digaul bersama Bahan A, rebus sehingga empuk, dan air telah kering.

Di dalam kuali yang sama, masukkan minyak, tumiskan bawang besar,cili,daun sup dan daun bawang.


Masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan sedikit cuka dan kicap untuk membangkitkan aroma yang cukup menyelerakan..

No comments:

Post a Comment