Tuesday, December 26, 2017

RESEPI KARI SOTONG RENDAM

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.
BAHAN BAHAN
  • 1 ekor Sotong Rendam
  • 1 peket kecil Serbuk Kari Ikan
  • 4 ulas Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • ½ inci Lengkuas
  • 2 batang serai
  • Sedikit kacang tanah tumbuk
  • Sedikit minyak masak
  • Sedikit air

PROSES PENYEDIAAN
  • Potong sotong rendam berbentuk segiempat tepat. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Titikkan serai dan tumis bersama bahan-bahan yg dikisar.
  • Setelah bahan tumisan wangi, masukkan serbuk kari ikan yg telah dilarutkan sedikit dengan air. Masak sehingga minyak pecah dan seleaps itu masukkan sotong yg telah dipotong.
  • Gaulkan sehingga masak dan masukkan kacang tanah tumbuk. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa.

No comments:

Post a Comment