DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI KAMBING BAKAR
BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing
50 gm halia
(ditumbuk lumat)
50 gm bawang merah
(ditumbuk lumat)
30 gm bawang putih
(ditumbuk lumat)
30 gm daun limau
(ditumbuk lumat) 50 gm cili
20 gm serbuk kunyit
20 gm serbuk kurma
20 gm sos tomato
PROSES PENYEDIAAN
Campurkan kesemua
item dan perapkan kambing selama setengah jam.
Panggang selama 40
minit (180 darjah Celcius). Biarkan ia garing
sehingga masak.
Angkat dan sedia
untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment